Nuffnang

23 February 2010

Mandi Manda @ FRIM

Location : FRIM @ Kepong
Date       : 14 Februari 2010


        Anak Mummy yang kesejukan.....

Sebenarnya planning nk mandi manda kt FRIM ni ideal akak sulong mummy. Dia ni suka sgt jalan-jalan. So, sempena cuti panjang CNY nie, dia mencadangkan supaya mummy punya siblings pi FRIM. Agenda utamanya sebenarnya adalah makan nasi dgn budu. Baru berselera ckit mkn budu cicah ulam kalo tmpt mcm tu. Nak ubah selera katakan. Agenda mandi manda hanya utk anak-anak kitaorg jer.

Pagi sebelum kitaorg ke FRIM, kitaorg pi terjah Pasar Karat kt Seky.13 Shah Alam. sajer jer nak ronda2 kt situ. Tercapai ler juga niat mummy nak beli tudung caler purple dgn biru. Dlm perjalanan balik, kaka plak sampai tertido dlm keta. Sampai umah, mummy letakkan kaka tido, pastu terus mummy pecut keta muumy ke umah aunty (adik mummy) kt seksyen 16. Dah janji dgn mummy punya siblings nak msk lauk pauk kt sana. Dalam pkul 1 baru siap msk. Mummy balik umah, kaka baru bangun. kasi dia mkn kenyang2 dulu & mandikan dia..so, kitaorg terus gerak ramai2 ke FRIM. Perut pun masing2 dah lapar. Maklumler dah dkt pkul2 nasi tak msk perut lg  nie.


    
Kaka dlm perjalanan ke FRIM

Sampai sana dh pkul 3, terus buka bekal..fuh, berselera mummy makan.. lepas mkn bw kaka pi mandi. mula-mula bukan main lagi takut nk cecah kaki kt air..tp bila mummy dah bw dia dok dlm air, dia plak yg taknak naik..

layan jer la picca kt bwh key:


kaka tengah posing maut dgn abi


anak kakak mummy..aqif zafriq nama nyer


seronok betul dia mandi


aunty pegang aqif, papa pegang zara


kaka dok jilat air..ciksue biarkan ajer


tengok, sampai menggilgil dah mandi


abi tengah ajar kaka berenang

Petang tu lepas mandi, mummy ikut abi pergi umah kakak dia kt  Taman Ehsan, Kepong. Aunty balik awl hari tu sb papa ada keja.. Lepak umah kak ina sampai maghrib hari tu. Lepas ni kitaorg punya planning nak pi mandi manda kt pantai plak.. bila tu yer???? TUNGGU

18 February 2010

Hobi Saya Baca Buku


Waktu ni kaka umur 6 bln

Tengok tu TEKUN betul Kaka dengar Abi bercerita

Anak Kancil Penakut......Tajuk apa tu???Inilah tajuk story book kegemaran kaka. Buku ni abi yang beli kan. Abi ada belikan satu lagi buku yg berjudul Aladdin Dengan Lampu Ajaib..Tapi kaka tak suka sgt dgr buku tu..Sebab apa erk??Hehehehe..sb abi beli buku tu untuk bdk darjah satu..Panjang betul jalan ceritanya.bila dibacakan tuk kaka,tak sampai satu babak, kaka sibuk main benda lain. Tapi kalau abi bacakan Anak Kancil Penakut..kaka suka sgt dengar.. lagipun kt dalam tu ada banyak gmbr2 caler. Cuba tgk gmbr kat atas tu, betapa kusyuknya kaka layan abi bercerita.



Skrg ni saya berumur 10 bln

Suka sangat belek buku ni tengok gambar

Sekarang ni kaka dah 10 ++..dah nak masuk 11 bln dah. Story Book Anak Kancil Penakut tetap menjadi favourite nya. Cuma yang bezanya, kaka dah tak suka abi bacakan. Kaka dah pandai duduk sendiri dan juga dah pandai belek-belek buku sendiri sambil tepuk-tepuk buku tu...Apa maksudnya, mummy pun tak tahu.

Inilah yang terjadi kalau mummy cuba ambil buku tu

Kalau mummy cakap "dah ler baca buku tu, jom kita mandi". Macam kt gambar atas tu ler kaka buat kt buku tu, mengamuk. Jangan tak tahu, anak mummy ni suka mengamuk nie. Itu maknanya dia tak puas belek buku tu lagi dan tak nak mandi... Anak mummy nie, macam2 perangai. Nasib baik tak koyak buku tu...W/apa pun, mummy hrp hobi suka baca buku akan ttp menjadi hobi kaka bila besar kelak.

10 February 2010

Kenduri Kahwin

Location: Padang Jawa
Date : 7 Feb 2010

Perkahwinan Sepupu Kitaorg dgn ABg Polis

Mini persandingan kaka dgn zara

besar betul kerusi..rasa mcm kecik jer kita org nie

Lepas kekenyangan..Jom balik

Ahad lepas mummy + kaka + aunty + zara + cik sue + ayah diey (abi & papa tak join)... only kitaorg adik beradik jer menerjah majlis perkahwinan Rozairy + Aliza (our cousin) kt pdg jawa, s.alam. Ala, tempat tu sebenarnya tak sampai 10 minit pun dr umah mummy. Sebenarnya pagi tu mummy ada program kerja kt Hulu Langat. Menteri Belia dan Sukan turun padang kt Kg. Rinching..atas arahan bos terpaksa la mummy dan rakan-rakan turut sama.

Ni belah pagi sebelum pi terjah kenduri kahwin

Mummy berada kt sana dr pagi sampai kul 2. lepas Menteri balik, terus ajer mummy pecut keta balik s.alam sb dh janji dgn mummy nyer siblings nak pi kenduri. Sampai jer umah, terus mummy mandi dan bersiap. Time tu planning abi turut serta. Tapi, kaka plak tido. So, abi ckp biar jer la abi jaga kaka kt umah. Cian dia br tido. mummy apa lagi, terus call aunty suh dtg amik..bila aunty sampai jer, kaka terus bgn. Apa lagi, dia tgk mummy dh cantik, terus ler nak ikut. Mummy naik atas, capai baju kaka dan minta abi buatkan susu. Nasib baik mummy sempat cuci muka kaka. Last2 abi yang kena tinggal..Papa zara mmg keja time tu.

Sampai sana ujan renyai2..kitaorg sampai pengantin tgh makan beradap..kitaorg yg dah tahap kelaparan ni terus amik makanan. Best juga ler lauk pauk hari tu. yang jadi selera nak mkn sb ada kerabu perut lembu..sedap woooo..kaka plak mummy suapkan agar2. hbs jer mkn, terus kitaorg jumpa pengantin..sempat ler bergambar sekeping dua..yang tak tahan tu, kaka dgn zara pun tumpang naik pelamin...Selamat Pengantin Baru Buat Rozairy & Aliza.. Moga cepat2 mendapat cahaya mata..


09 February 2010

Makan Seafood kt Pantai Jeram

Inilah ayah diey kaka dan zara (tukang blanja mlm nie)

Tu cik sue kaka dan zara

kaka + mummy

kaka + abi

Malam minggu yang lalu ayah diey belanja kitaorang mkn2 seafood kt Pantai Jeram di K.Selangor. Ayah diey merupakan satu-satunya anak lelaki dlm family mummy. skrg ni tgh blajar kt Maktab Ilmu Khas di cheras. Tujuan dia belanja??Sb nk meraikan besday kakak-kakaknya..Mummy ler tu + aunty yg kebetulan tarikh besday kitaorg hampir sama. kitaorg sampai sana dlm pkul 8 lebih. Kita org decide nk mkn kt kedai aroma ikan bakar. punya ler ramai org pi mkn sana mlm minggu. sblm tu papa zara dah call kedai tu nk suh reserve table..tp diaorg ckp mlm minggu no reservation. nasib baik sampai ada table kosong. disbbkan mlm tu ramai punya pelanggan, hampir sejam setengah kitaorg punya makanan br sampai. lepas tu sampai makanan plak bukannya sekali gus, sampai satu2..mcm mana kitaorg nak mkn nie..dh ler perut tgh lapar.mummy sengaja kosongkan perut ptg tu sb nak mkn kow kow punya mlm ni..kesian mummy..pepepun,mkn mlm tu mmg sodap w/pun service nya lambat..tenkiu ayah diey sb sudi blanja mummy dgn aunty mkn mlm tu..anak mummy lagi berselera mkn mlm tu.sampai abi ckp cukup2 ler suap ayang mkn..nanti gemok plak..hahaha...

07 February 2010

Hanya Dirimu Bertahta Dihatiku

Kenangan Terindah

25 Mei 2008

Mr and Mrs.Abdullah

Smlm mummy dok selongkar kotak khazanah2 mummy.nak cari cd picca kawin. nasib baik ada. kwn2 sekolah mummy ramai dok minta letak picca kawin dlm fb. so, alang2 mummy dh upload gmbr kt fb,apa kata mummy pun letak sama dlm blog mmmy yg serba kekurangan nie. bleh juga kwn2 blog mummy tahu cherita serba sedikit mcm mana mummy berkenalan, bercinta dan berkahwin dgn abi nie.

Mummy dgn abi ni bercinta dr zmn skolah lagi.. Mcm june juga a.k.a mummy wafiq. Nak dijadikan cherita, abi ni sebenarnya bdk skolah lain. kemudian dia dapat masuk skolah dato'mahmud paduka raja.. skolah mummy ler tu. kitaorg classmate. time tu mummy ckp menyampah dgn abi nie..dh ler suka menyakat mummy, suka ponteng klas pulak tu. kita org kalau bercakap, ada ajer yg nak gaduh. Hari terakhir sblm cuti skolah,lepas exam tahunan hbs, mcm biasa la, lepak2 dlm kelas ajer la. mummy tgh main catur dgn kwn. tetiba ajer abi dtg join. kwn mummy pun bg peluang dkt abi main. time tu ler abi meluahkan perasaannya. mummy time tu mcm terkejut. abi ni btul atau main2. dia ni dh ler suka menyakat mummy. Abi ckp dia suka menyakat mummy sb nak tarik perhatian mummy..

Sejak hari tu, asyik dok bergayut tlfn ajer keja nya. sampai ler kitaorg declare sbg pakwe and makwe. Kemuadian abi sambung blajar kt UiTM arau, Perlis. mummy plak minta blajar kt UUM, alhamdulillah dapat. saja minta sana supaya dekat dgn abi. Tmpt blajar antara kitaorg ni wpun berlainan negeri, sebenarnya dekat ajer. Tiap ujung minggu mmg kejanya asyik berdating ajer la. Kdg2 tak sampai ujung minggu pun kitaorg dating jgk. Mcm2 dugaan kitaorg lalui sejak zmn skolah sampai ler kat U ni. Kalau dh jodoh tak kemana..akhirnya kami disatukan pd. 23 Mei 2008. tanggal 26 Mac 2009 pulak, mummy akhirnya selamat melahirkan chenta hati kesayangan kami abdlin afkar melihat dunia.. semoga Allah merahmati dan memberkati rumah tangga kami.. Anak mummy pun tinggal sebulan jer lagi nak sambut ulangtahun kelahiran yang pertama...

Sales!!!!Sales!!!!Jom Terjah Poney

Mummy dgn ayang



                                                   
             kaka muka dh poyo's..mengantuk sangat      



Inilah hasil kami

satu buggy, 2 penumpang


zara yg sibok dok intai baju fesyen apa yg mummy beli nie


inilah dia cik sue kesayangan kaka + zara
                       
Ptg jumaat tu mmg dh janji dgn aunty (adik mummy) nak pi terjah poney.dgr cite ada sales gila bangat. kitaorg ni mmg peminat no. 1 poney..pantang dgr poney buat sales.terus di terjahnya butik poney kt SACC. itu ler tmpt peberet mummy dgn aunty shoping. kt s.alam ni tmpt shoping bj bby tak brapa syok sgt. ptg jumaat tu aunty tak dpt amik mummy sb cik su (adik mummy yg bongsu) tak dapat dtg ptg tu.so, kami tunda program keesokkan harinya..ptg sabtu tu mummy + kaka, aunty + zara dan cik su telah menerjah ke poney.Bapak2 kitaorg tak bw yer..kalau bw bapak2 nie,susah nak shoping. Belek punya belek, pilih punya pilih, mummy beli sepasang baju utk kaka.tapi mummy ada ler berkenan sgt ada satu baju dgn seluar track tu..kaka blum ada lg sluar track.so,mummy minta pekerja poney simpan tuk mummy.sb bln nie gaji awl.so,mummy nk terjah skali lagi sbln sales hbs...sape2 yg masih blum terjah poney,dipersilakan.poney punya sales sampai 21hb feb nie..

04 February 2010

Pong Pong Pong!!!!! Driver Cilik Nak Lalu

Driver Cilik Mummy




amboi...nampak tak jalan tu

Siapa plak yg bawa keta mummy nie? Hah!!Jgn. tak caya dengan pic nie..Ini lah dia driver baru mummy.. Michael Abdlin Afkar nama dia... Kaka ni kan, pantang mummy letak duduk dkt seat drive,terus bangun bw keta..Kononya dia expert la tu..Pagi ni ujan renyai2..So, abi tompang ler mummy dtg keja.Nak naik moto takut basah. Nak bw keta dia, dia malas nak panaskan enjin. Apa lagi,tompang mummy dgn kaka ler. pagi2 mmg keja mummy hantar kaka pergi umah pengasuh. Abi plak naik moto (padahal opis mummy dgn abi dekat ajer,pergi keja sama-sama pun bleh)..Tapi ntah, mungkin sb abi byk keluar, sb tu better dia naik moto ajer..Ni, hah..nak dijadikan citer ttg driver cilik ni..Mummy dh masuk keta,abi plak nak kunci pintu umah. Apa lagi, driver cilik nie amik kesempatan ler berhijrah ke seat sebelah driver tu..Tak hiraukan sape2 dh bila dok kt situ..Mcm2 diusiknya...Siap bunyikan hon lagi..Pong!!Pong!!Pong!!. Nasib baik jiran sebelah tak marah..bila nmpk abi nak masuk keta ajer,terus ngamok2 tak bg abi duduk...Mummy angkat si Michael Abdlin Afkar dok atas riba mummy , lepas tu bagi minum susu.terus diam..Michael Abdlin Afkar....bila dah cukup umur nanti, mummy hantar pi Driving School yer..

01 February 2010

Sape kena kuarantin nie????

Sape punya keja la ni

Hehehehe.....anak sape nie kena kuarantin dalam bakul kain nie?Ini la dia penjenayah makanan yg paling merbahaya di antara semua baby.Sebabnya, dia tak nak makan....Tension betul mummy kalo nak suap dia makan. Suka tutup mulut, bila makanan masuk, dia sembur balik. Bila nampak mummy pegang sudu, merangkak satu rumah dia lari. Last2, pakatan mummy dgn abi, ambil dia masuk dalam bakul.. Hah!!!dok diam dalam tu. Mummy pun apa lagi, terus nyap suap ke dalam mulutnya. Hasilnya, ok ler wpun byk sembur drpd mkn....Tak caya, layan gambar kaka yg comot dgn makanan kt mulut dgn badan...

Gaya Rambut Kaka

Kaka tetap tersenyum wpun rambutnya dipotong senget

Ini la gaya rambut baru saya...hansem tak?abi dh potong rambut depan kaka.dah panjang sampai cocok mata.mak a.k.a pengasuh kaka dh byk kali warning mummy suh potong rambut.tapi abi tak berkesempatan.menangis bila rambut dipotong.susah nk dok diam...wpun abi potong senget,tp kaka tetap comel dengan senyuman dan matanya yg sepet