Nuffnang

02 December 2010

kawan mummy ketika belajar dulu

teman rapat ketika mummy belajar kt UUM dulu..arwah wan suria

Gmbr kt atas tu merupakan gmbr arwah kawan mummy ketika kami sama-sama belajar dulu kt uum. entry kali ini mummy nak tujukan khas buat arwah wan...w/pun arwah sudah tiada, mungkin suatu hr nanti anak2 arwah membaca blog mummy ini..dan tahu ibu mereka ketika study dulu-dulu.

Wan Suria.........nama mu cukup indah...seindah empunya diri. apatah lagi sewaktu mummy mula2 bertegur sapa dgn mu ketika kita mula-mula daftarkan kursus..tak sangka pula kita sama kursus, sama tarikh lahir, pangkal nama pun sama-sama bermula dgn wan.nombor matrik pun cuma beza satu nombor shj..dari situ lah kita mula berkenalan...bila balik ke kolej,tak sangka pula kita sama-sama teman sekolej...ini memudahkan lagi kita bertemu dan berkwn...kita juga kebanyakkannya hampir sekelas...masa berlalu, akhirnya kita tamat pengajian dan tibalah tarikh konvokesyen....itulah kali terakhir mummy melihat kwn mummy ini...dia duduk di sebelah mummy sewaktu mengambil segulung ijazah...kami berborak dan bertukar cerita.

bila masing2 dah kawin, kami cuma berhubung melalui sms dan juga friendster...ms tu facebook tak famos lg..last mummy dgr suara dia bila dia call mummy tanya psl cara-cara nk buat pinjaman dgn TEKUN...kemudian kami dah tak berhubung lagi...

30/11/2010 tetiba hati mummy terpanggil untuk mencari arwah di dalam facebook....mummy pun search nama wan suria.....mummy ada jumpa beberapa nama wan suria, tp mummy yakin bukan dia..namun, pd suatu sudut di bawah sekali, mummy ada terbaca satu komen dr sahabat mummy juga kpd kawannya menyatakan wan suria telah kembali ke rahmatullah pada 28/10 lepas...


mummy rasa terkejut membaca komen tersebut, dan berharap wan suria yg dimaksudkan adalah bkn kwn mummy itu...kemudian mummy contact kwn mummy yg sama2 belajar kt uum dl utk dpt pengesahan, rupa-rupanya betul, wan suria yg dimaksudkan adalah kwn mummy ketika belajar dl. Al-Fatihah buat arwah...sewaktu kami sama-sama belajar dl...perwatakan arwah seorang yg lemah lembut dan mesra dgn kwn2...arwah meninggalkan sepasang cahaya mata yg mana bby gurl nya baru berumur 7 bln...kesiannya pd anak sekecil itu yg masih tidak memahami apa-apa...kesian juga si abgnya yg sudah mengenali ibu..pastinya akan mencari ke sana-sini di manakah ibunya..selalu ibu akan mencium ku bila bangun pagi....


Hilman dan Humairah

Semoga Allah tempatkan arwah bersama-sama org yg beriman...dan memberi kekuatan kpd suami arwah dlm membesar dan mendidik anak-anak yg kecil itu......Amin....

21 October 2010

Terbaru.........

Inilah wajah saya yang terbaru

Mummy......inilah wajah saya yg terbaru.....dah panjang rupanya rambut anak mummy nie..mummy tak potong2 pun lagi..ni gmbr terbaru yg mummy snap..gmbr ni selepas anak mummy ni mamam ubat cacing Champs Perisa Coklat...Ubat cacing oh ubat cacing....ada kisah di sebalik ubat cacing nie...

Begini yer al-kisahnya tuan puan...adik mummy dia punya pengalaman bab2 check up anak ni lebih dr mummy sb dia dpt anak dulu dr mummy..so kalau mummy nak rujuk apa-apa mummy rujuk kt dia..termasuklah bab-bab check up bulanan anak..disebabkan adik mummy ni check up kakak zara dkt gov klinik, dia lebih particular ler ckit..kaka plak dr baby sampai ler skrg mummy akan bw dia check up kt Darul Ehsan Medical Centre..adik mummy dh pesan, bila kaka umur 1 thn 3 bln  bw dia jumpa doktor utk bagi ubat cacing...so, masa kaka umur 1 thn 3bln, mummy pun bw ler dia ke DEMC utk amik ubat cacing..bila tiba giliran, kitaorg pun msk ler bilik doktor..doktor pun tanya ler: "adik abdlin afkar sakit apa yer".. mummy pun jawab ler : " dia tak sakit apa2..just dtg check up biasa dan ubat cacing"...doktor tu pun mcm terpinga-pinga, nak tergelak pun ada mummy tgk doktor tu..tetiba jer doktor tu ckp : " ubat cacing skrg nie kita dh tak bagi dekat baby2 kt kwsn bndr, sb diaorg tak terdedah kpd telur cacing...lain ler kalau kwsn luar bndr, sabah dan sarawak..mmg kita akan bg ubat cacing"...

Ni DEMC yg lama...skrg dh berpindah ke seksyen 13 dah...

Aduhai...malunya mummy bila doktor ckp mcm tu...kitaorg pun ucapkan terima kasih pd doktor dan balik mcm tu ajer.tp dia check juga la si kaka ni..timbang berat, tinggi, suhu badan, perkembangan dia mcm mana..doktor tu baik betul, dia tak caj apa-apa pun kt kitaorg..Beza betul rupanya check up dkt klinik swasta dgn gov...

Tapi, akhir2 ni kaka tak suka mkn..baik nasi ataupun bubur...semua dia taknak mkn..abi pun suggest kt mummy kita bg jer la kt dia ubat cacing..w/pun doktor ckp tak terdedah, tapi mana tahu, selera mkn dia hilang sb ada cacing..so, mummy pun minta ler abi pi beli ubat cacing CHAMPS Perisa Coklat kat farmasi..risau juga takut kaka tak nak mkn ubat cacing ni..rupanya sekali kunyah jer..dia mkn mcm mkn gula-gula...siap minta tambah lagi..tapi sekarang ni, selera mkn dia sama ajer...agaknya budak nak membesar, suka main drpd mkn...itulah dia kisah si ubat cacing..


17 October 2010

Jemputan Birthday Kak Zara



New Baby Announcements

Kakak Zara yg kiut miut nie merupakan anak buah mummy yang ke 2....dan merupakan satu-satunya cucu perempuan dlm family mummy.....kakak zara akan mengadakan birthday partynya kali ke 2 pada 24 Oktober ni......mummy nak beli hadiah apa ye utk kakak zara nie...mummy dah pikirkan satu benda...nt nak ajak abi gi usha kt kedai...sabar yer kakak zara...nt mummy pi cari hadiah utk kakak.

14 October 2010

Lahirnya Satu Kelahiran Di Dunia, Kembalinya Satu Kematian Ke Sisi Allah


Abdlin Afkar sewaktu dilahirkan di Hospital Putrajaya pada 26/3/2009

Dalam blog mummy Alanna, terdapat satu ayat yang betul2 terjadi pada diri mummy dan keluarga sebelah abi... iaitu berlakunya satu kelahiran bayi ke dunia ini, akan berlakulah satu kematian yang akan kembali kepada PenciptaNya...pada 26/3/2009 jam 4.30 pagi, abang sulung abi telah kembali ke Rahmatullah...bayangkanlah di waktu itu, abi sedang temankan mummy yang mengalami contraction bersalin...abi langsung tidak khabarkan mummy berita sedih ini..di hadapan mummy dia menunjukkan wajah yang bersahaja di samping memberi kata-kata semangat buat mummy yang sedang sakit..namun di dalam hatinya menangis dan bersedih kerana kehilangan satu-satunya abg di dalam keluarga...apatah lagi tidak mampu untuk pulang ke kampung halaman melihat wajah terakhir abangnya sebelum disemadikan di dalam liang lahad buat selama-lamanya..dalam keluarga abi, hanya arwah pak long dan abi sahaja anak lelaki...bayangkanlah abi pula anak bongsu yang mempunyai 4 org kakak..manakala kedua2 ibu bapa abi telah berjumpa PenciptaNya...
Pada 26/3/2009 jam 3.20 petang, mummy selamat melahirkan seorang putera yang diberi nama Abdlin Afkar.. Allah itu Maha Adil.. Dia telah mengambil semula arwah Pak long dari keluarga Abi, tetapi telah menghadiahkan Abdlin Afkar buat keluarga Abi.. sebab itulah Abdlin Afkar menjadi kesayangan keluarga Abi sb keluarga abi menganggap putera mummy itu Pak Long Junior...mummy cuma tahu tentang kematian arwah selepas pulang ke rumah..itu pun sebab ma mummy terlepas cakap kerana tanyakan Abi nak balik ke kampung bila...mummy mcm terpinga-pinga..kemudian baru abi ceritakan..sebak di dada mummy kerana mummy dapat bayangkan kesedihan yang abi tanggung...maafkan mummy abi kerana di waktu itu tidak dapat berkongsi duka di hati mu..Alasan abi dia tidak mahu buat mummy bersedih di kala sedang berjuang melahirkan putera kami...Mummy masih teringat lagi kata-kata arwah Pak Long sewaktu mummy sedang mengandungkan kaka..dia beria-ia nak masakkan mummy paprik belut sebab dia tahu mummy tak pernah makan belut...sehingga sekarang mummy ingat kata-kata itu...buat anak kami Abdlin Afkar, suatu hari nanti mummy akan ceritakan kisah ini pada mu wahai anakku..Bersyukurlah dikau wahai anakku kerana kelahiranmu di dunia ini telah dicatatkan olehNya bagi mengantikan pemergian arwah Pak Long.. Sesungguhnya tarikh 26/3/2009 membawa seribu erti suka dan duka buat keluarga kami.. Al-Fatihah buat Arwah Pak Long



Pindah Rumah Baru



Nak pindah rumah baru

Mummy cukup seronok kalo baca kt blog kwn2...tp nak tulis dkt blog sendiri, cukup liat...Hujung minggu ni mummy akan pindah rumah baru..cukup seronok dan teruja...tapi cukup malas nak kemas brg...bab packing takde masalah, laju jer..bab mengemas ni yang malas... Rumah baru yang kitaorg pindah bukannya jauh pun..seberang jalan rumah yg mummy tinggal skrg ni jer..hehehe..jimat kos pengangkutan..

Sebab-sebab nak pindah:

1. rumah yang kitaorang duduk tu kecik ckit sb owner dia tak pernah buat renovation..plan rumah asal..kebanyakkan rumah area situ semua dah buat renovation..
2. rumah baru sudah buat renovation..dapur besar, bilik air cantik, ada kabinet dapur
3. mummy kalo nak pindah rumah, mummy suka cari dapur yg besar dan selesa
4. ada tempat utk mummy buat playland supaya seronok kaka dgn anak2 buah main
5. owner rumah baru tu nak jual rumah tu
6. mummy dgn abi mmg bercadang nak beli rumah area situ sb jiran2 kt situ semuanya baik2

Next week mummy punya ma dgn ayah nak datang sini.saja nak melawat anak-anak dan cucu-cucu kesayangan sb semua anak-anaknya tinggal kt sini..Di samping nak menyambut besday 2 orang cucu kesayangan iaitu Abg Is (anak kak long mummy) dgn Kakak Zara (anak adik mummy)...kitaorg planning skali kan jer sambutan besday tu sb tarikh diaorang hampir sama... So, mummy kena la cpt2  kemaskan rumah baru tu sebab ma mummy ni pantang tgk rumah bersepah... Abdlin Afkar? ni lagi satu ni...budak kecik ni..mcm mana la nak kemas rumah kalo ada si budak kecik ni...dah la tak boleh berpisah dgn mummy.. asyik ikut bontot mummy jer..tak kira mana mummy pergi w/pun time tu dia tgh syok main..time ikut tu mula la buat muka baik..mummy..mummy dipanggilnya.

Si kecik yang manja bangat

Happy Becoming Birthday Kak Zara 13/11/2010

Happy Belated Birthday Abd Is
Mummy takder la packing mana brg2 ni..sb mummy nak main angkut mcm tu jer..hari sabtu ni mybe akan dapat kunci utk rumah baru tu..sebelum masuk planning nak cat dulu rumah tu..kemudian cari tukang servis aircon utk pindahkan 2 bijik aircon ke rumah baru...manakala rumah baru tu dah ada sebijik aircon..tapi mummy cadang nak pindahkan aircon tu ke bilik no. 2...bilik utama mummy nak gunakan aircon mummy skrg ni..manakala satu lagi nak letak kt ruang tgk tv...mummy dah survey dah kos upah pasang aircon skali service...satu aircon tokey tu amik RM190..maknanya kalau 3 aircon RM 570..tp dia bg diskaun jd RM550..emmm...byk jugak tu..

aircon oh aircon...kopak la duit mummy

Tu baru bab aircon...lepas settle aircon, nak kena cari tukang servis astro pula sb  kt rumah skrg pakaiastro beyond. semua kena setting baru termasuk piring pun kena pakai yang sekarang ni...


astro beyond

Lepas settle dua perkara tu, baru mummy akan memulakan tugas-tugas mengemas rumah baru...tak sabar2 rasanya nak duduk rumah baru..

27 September 2010

Raya Datang Lagi

Alhamdulillah,diberi kesempatan olehNya menyambut lagi Hari Raya Aidilfitri tahun ini....mummy cukup happy tahun ni sebab anak kesayangan mummy sudah bleh jalan dah bleh ckp..kalo thn lepas,kaka baru pandai meniarap.
Memula tu mummy nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua blogger yg baca blog mummy nie..tapi ada ke yg baca blog mummy ni..dah la lama tak update...mummy betul2 tak sempat nak update.banyak keja luar lately mummy kena buat.so jarang ler mummy buka blog ni..
Raya thn ni lama benor mummy cuti..2 minggu mummy cuti,seminggu sbelum dan seminggu selepas.tu pun mcm tak puas lagi bercuti.ramai lagi rumah kwn2 mummy tak sempat jalan..

Jom,kita layan gambar raya family mummy:

family kesayangan mummy

akif yang lasak...gigi besar

support each other

hidupku pincang tanpa kalian
kaka dgn abi

 
kaka + abi...sama tak?

 
kakak zara tersenyum gumbira di pagi raya

 
ma bersama ibu dan adik-beradiknya
keluarga besar belah ma...
ma & ayah

 
keluarga kesayangan mummy (abg long dan ayah diey...takder dlm foto ni)
keluarga aunty....rayyan yang baru beberapa hari melihat dunia

 
mama, akif dan abg is (kesian,ayah kena kerja yer)

tengok mana tu kaka


di pagi hari raya

13 July 2010

Sotong Yang Hampir Kena Masak Tumis

Si Sotong yang bernama PAUL

Tetiba jer mummy nak buat entry yang lari ckit dr biasa...biasanya berkisar psl family mummy..tp kali ni mummy nak cite psl si sotong yang bernama paul nie...wah wah wah bukan main glamour lagi si paul sejak dia meramalkan spain akan menang ke atas belanda...nasib baik dia tak ramal jaringan gol..kalo la si paul ni siap ramal jaringan 1-0....mummy mmg respect la si paul nie...
Mummy sebenarnya tak berapa suka dgn liputan media yang terlampau meluas ttg si paul ni..sudah mendatangkan syirik dan telah memesongkan akidah dan pemikiran umat islam seluruh dunia..mummy yg tahu sepatah haram pun psl si sotong ni tetiba tahu psl cite sotong ni...sana sini semua dok cite psl sotong ni....
Mummy ada beli paper pd 11 Julai 2010...muka depan pun terpampang tajuk psl si sotong ni yg pilih spain...ada pula makhluk Allah yg ambil kesempatan buat cerita yg burung plak pandai tilik nasib dgn memilih belanda...Adus..mcm2 kan pemikiran manusia skrg nie...
Mlm final tu mummy pun tidak terkecuali menonton game tu.maklum la 4 tahun sekali..lagi pun mummy kena support abi yg mmg fanatik dgn bola..minit ke 90 keputusan masih 0-0...tetiba jer mummy ckp si sotong tu dah nak kena msk tumis dah....tup tup pd. masa tambahan spain telah menjaringkan gol yg melayakkan kemenangan ke atas belanda...keesokkan harinya kuar lagi kisah si sotong nie..SOTONG oh SOTONG....kalo ko ada kt umah aku, sah sah masuk kuali la ko..masak tumis pun sodap..

12 July 2010

Kuda Conggek oh Kuda Conggek

Kuda conggek????apa kebenda tu....hehehe..mesti mana2 yg bukan dr kelate dok pikir2 apa kebenda kuda conggek tu..kalo dlm bahasa omputeh org panggil rocking horse..sememangnya dah lama mummy nak beli utk my kaka..tp mummy betul2 tak jumpa yang berkenan di hati...mana-mana yg mummy usha tgk, tak berapa berkenan di hati..so, satu hari tu hati mummy tergerak nak usha this blog, milik agnes..tetiba mata mummy tertumpu pd this item..very nice and comfortable utk my kaka main...mummy terus call agnes tanya dia punya availability..nasib menyebelahi mummy krn this item masih ada lagi..so,cpt2 mummy booking..apa yg mummy faham, rocking horse ni agnes import dr UK...semalam baru sampai kuda conggek tu kt umah...inilah dia rupa menatang kuda conggek yang ditunggang oleh kaka....:



mummy...seronok betul kaka naik..Qiqi pun sama



mummy...cepat2 la snap pic ni..tak sabar2 nak naik ni


dok sibuk suh mummy rocking


finally..kaka dah pandai rocking sendiri...

kaka betul2 happy dengan kuda conggek yang mummy beli ni..thanks to agnes..

05 July 2010

Brazil @ i-City



Inilah baju rasmi mummy nyer Family... Abi..Mummy dan Kaka


Tarikh: 25 Jun 2010
Tempat: i-City @ Shah Alam
Masa: 8.30 mlm (menyaksikan perlawanan ant brazil dan portugal)

Wah....lama betul mumy tak update blog mumi ni...mumi tak berkesempatan betul la..sb mumy betol-betol sibuk dengan kerja..skrg mumy ada masa, so mumy nak cite ttg Demam World Cup skrg ni kan...sana-sini mmg skrg demam world cup. Mumy nyer family pun tak terkecuali..Abi awal-awal lagi dah belikan baju utk our family..semestinya brazil punya (w/pun di kala ini brazil sudah tersingkir gara-gara kalah dgn belanda 2-1).
W/pun i-city tu dekat jer dgn umah kitaorg, tp tak pernah-pernah sampai kt sana..memula sampai kt sana tu, fuh...cantik betuk i-city ni..siapa la desingner ni...begitu bijak ideanya mencipta i-city..nak msk kt situ kena byr RM1...abi ckp kayo betul yg jaga parking ni...keta mlm tu mmg byk giler..kalo mlm minggu plak rasanya kena byr RM2...

Kaka memula sampai, begitu xcited...teruja agaknya tgk lampu yg warna warni...tak nak duduk dlm buggy..nak jln kerjanya...kemudian lari sana, lari sini....sementara nak tunggu bola start pkul 10, kitaorg lepaskan jer kaka...bg dia bebas nak buat apa...jom kita layan mummy nyer family @  i-city:


baru jer sampai time ni


anak mummy yg terlopong tgk lampu yg warna-warni


ayang bersama mummy tersayang


dah tunjuk belang dah...lari sana sini

mummy paling suka pic nie...

Family kesayanganku

alamak...kabur ckit pic ni

mummy yg terlebih sudah

butterfly

go brazil go

kaka yg tersepit di tengah

kaka yg cuba membuat sepakan penalti

mummy....nak mkn

abi yg tgh layan kaka

i love u my son

26 May 2010

2nd Anniversary

Happy 2nd Anniversary
23 Mei 2010

Pejam celik dah masuk 2 thn mummy sebagai isteri dan juga dah setahun mummy sebagai ibu. Macam baru jer lagi mummy melangsungkan perkahwinan.. Mummy bercinta dengan abi hampir 10 thn baru lah kami disatukan sebagai suami isteri.
Anniversary pertama, mummy beli kek kt secret recipe..yg ke second ni mummy nak buat kelainan ckit. so mummy tempah kat dilla kwn fb mummy. petang sabtu 22 mei tu ajak abi ke putrajaya amik cup cakes..jumpa dilla kt petronas yg dekat alamanda tu..first time jumpa dilla..cute orangnya bw keta viva putih....
23 Mei 2010, mummy nyer second anniversary. Kebetulan pula ptg tu abi kena exam PTK kt Empress Hotel di Sepang selama 4 hari. Mummy ngan kaka tak keluar sambut anniversary. abi cakap tunggu abi hbs exam..so, pagi tu kaka di jamukan dengan cup cakes..sedap cup cakes tu...layan pic kaka mkn cup cakes tak hingat dunia:


 
model cup cakes


 
tengok tu...habis kotor

 
minta lagi..pada hal kt tangan blum hbs


tengok citer kartun

HAPPY 2 nd ANNIVERSARY MY HUBBY...LOVE U SO MUCH