Nuffnang

27 April 2010

Terhangat Di Pasaran Lucky Draw by ariesreeve-babykidstuff


Jom Join Lucky Draw Yang Terhangat Di Pasaran


Memula sekali  sebelum mummy terjah pasal this lucky draw, mummy nak ucapkan:


Happy 1st Birthday kat ariesreeve-babykidstuff kerana setahun dah blog ini berada di dalam dunia tenet nih.

yang kedua pula mummy juga nak wish:


Happy Birthday buat owner blog kerana menyambut birthday yang ke berapa pun mummy tak tahu sb owner blog menyatakan umurnya dah kuar kalendar (jenuh mummy pikir umur berapa owner nih). so, mummy hadiahkan birthday card yang keta mercedes benz diikat dengan ribbon (harap-harap suka yer) untuk owner blog.

Dan...yang ketiga, jom kita pi terjah masuk Lucky Draw yang dianjurkan oleh:

Sesapa la yang ada masa terluang atau berminat dengan hadiah yang ditawarkan, sila follow 8 Simple Steps (Mummy dah follow yer semua 8 steps tu)

1)JADI FOLLOWER DI...www.ariesreeve-babykidstuff.blogspot.com (Settle sazlinda aziz)
2)JADI FOLLOWER DI....www.mummyar.blogspot.com (Settle: sazlinda aziz)
3)JADI FAN (become fan) DI...facebook... ariesreeve-babykidstuff  (Settle: sazlinda aziz)
4)JADI FRIEND (add friend) DI...facebook... ariesreeve Rizal (Settle: sazlinda aziz)
**kalau xfe fbadd saja guna kawan punye pun blh...tp email kt ariesreeve@gmail.com atau kat ariesreeve@yahoo.com  untuk pemberitahuan**
5)BUAT SATU ENTRY TTG LUCKY DRAW NI...DGN PIC NYA SEKALI....DAN JGN LUPA LINK KE
http://ariesreeve-babykidstuff.blogspot.com/2010/04/lucky-draw.html.
cite la apa2 yg menarik atau apa2 saja yg berkenaan blog ni atau apa2 saja la..asalkan menarik N tertarik...
(Settle: http://abdlinafkar.blogspot.com/2010/04/terhangat-di-pasaran-lucky-draw-by.html)
6)TEPEK BANNER KT TEPI BLOG ANDA (Settle)
7) DAN LAST SEKALI TINGGALKAN LINK UOLLS KT COMMENT YEK....SENANG OWNER NK G JENGAH NNT...ATAUPUN BLH JUGA EMAIL KAN LINK UOLLS DI ariesreeve@gmail.com...ikut ler mana yg uolls senang yek... (Juga dah Settle)
8)TUNGGU HINGGA TARIKH TAMAT DAN PEMENANG AKAN DI UMUMKAN....
tuan empuanya Blog mengumumkan tarikh yang telah diperkenankan untuk this contest adalah:
2 april 2010 hingga 30 april 2010  (Yang bahagian ni tak sabar-sabar tunggu nih)
 
Emmm...apa yang menarik tertarik KO mmg DBOOOM tentang blog ni yer:
 
 
Mengikut kefahaman mummy lah yer...nama blog yang pelik tapi benar ni ariesreeve-babykidstuff (memula tu susah juga mummy lin nak sebut nama blog ni) ni ambil dari gabungan nama 2 permata hati kesayangan MUMMYAR iaitu:




 First time mummy jumpa blog nie time mummy tengah godek-godek blog nak cari baby seat bath untuk putera mummy. Tapi time tu takde item yang mummy nak. Mummy tertarik dengan item-item yang dijual di dalam blog ni. Terus mummy ADD THIS BLOG KT MUMMY NYER FAVORITES. so, senang mummy nak terjah blog ni. just klik jer..

Kebanyakkan item yang dijual boleh dikatakan semuanya pasal keperluan baby. Tapi semenjak dua menjak ni mummy tengok dah ada kemajuan yang memberangsangkan (big clap for this blog) kerana telah menjual handbag COACH (mummy pun teringin nak beli satu).

Apa lagi mummy nak citer... oh ya, mummy kalo terjah mana-mana blog, mummy suka tgk pic owner dulu. Memula terjah this blog, mummy ingatkan owner jer Chinese sb nama blog pun dah pelik, kemudian tgk pic anak-anak semuanya mcm anak chinese. Rupanya owner blog nie adalah MUSLIM (big clap sekali lagi kerana mampu buat blog mcm ni).

Mummy rasa itu sahaja yang mummy dapat ceritakan serba sedikit about this blog. Tak lupa juga nak buat iklan jap, mana-mana kekawan yang nak cari item utk anak-anak kesayangan, jangan sengan silu terjah ke


Kerana semuanya ada di sini. Tak payah susah-susah ke shopping complex.Harga yang dijual pun berpatutan dan Quality item adalah in excellent condition.

THAT'S ALL..HOPEFULLY MUMMY ADA LUCK UNTUK MENANG THIS LUCKY DRAW

22 April 2010

Contest Wajah Seiras Bagi Kategori Ayah dan Anak


Sempena hari bapa ni, semua contest yang mummy nak sertai berkenaan dengan abi. Kali in mummy nak join contest wajah seiras. jadi, mummy matchingkan abi dengan afkar (sebab afkar takde iras mummy sebenarnya).

Jom, mummy ceritakan serba sedikit tentang contest ini. Contest ini telah dianjurkan oleh UMMIABBIQIS

Syarat-syaratnya cukup senang sahaja utk diikuti:

Jadi pemenang akan diadili mengikut dua kategori..
1. Kategori ibu & anak
2. Kategori ayah & anak

Syarat utamanya masih same iaitu mesti ade persamaan/mirip2 antara anak dgn ibu/bapanya.
Kalau dulu umur anak dihadkan pada 6 tahun kebawah.
Satu lagi perbezaan contest seiras wajah kali ini ialah contest akan berlangsung selama 3 bulan sessi pemilihan, bermula 1 Februari 2010 hingga 30 April 2010.
Satu bulan sessi perhitungan iaitu pada Mei 2010

Sessi Pemilihan

Setiap bulan.. hanya 10 - 16 peserta terbaik akan dipilih. (bergantung pada jumlah penyertaan setiap bulan). Pengumuman insya Allah klu tiada aral akan dipublishkan pada minggu pertama bulan berikutnya.

3 bulan contest bermakna ada 30 - 48 peserta kesemuanya.

Sessi Perhitungan

Mereka yg terpilih akan seterusnya bertanding untuk merebut tempat pertama hingga ke-5 bagi kedua2 kategori yg akan berlangsung pada bulan Mei nanti.
Pada bulan 6 setelah siap ditimbangtara.. penganjur akan buat pengumuman nama2 pemenang.
Sekiranya korang dah antar penyertaan pada bulan Feb. tapi gagal ke sessi pemilihan, korang masih layak untuk bertanding pada bulan Mac & April.

Syarat2 lain Contest  yang diperlu diikuti:

1. Tiada paksaan untuk menempek banner pada entry/ sidebar korang.
2. Tidak perlu add blog atau jadi follower (tapi kalau sudi, apa salahnya)
3. Hanya perlu backlink entry ini juga link blog ummiabbiqis (http://mayaqarmyla.blogspot.com/) dalam entry penyertaan korang. (tak perlu copy paste keseluruhan entry saya nih)
4. Sertakan nama panggilan utk ibu/ayah. Nama penuh & panggilan anak serta tarikh lahirnya sekali.
5. Ceritakan persamaan yg ada antara anak & ibu/ayah. nak cerita panjang2 boleh, cerita pendek pun boleh. Tapi ingat entry menarik mungkin bakal menambat hati juri.
6. Gambar mestila jelas dan mudah untuk penganjur copy.
7. Entri tu korang nak stickykan boleh, tak stickypun takpe janji link yg diberi pada saya betul.
8. Sila submit link entry korang tu kat sini -- http://mayaqarmyla.blogspot.com/2010/02/contest-seiras-wajah-musim-kedua.html untuk mengelakkan sebarang kekeliruan especially di pihak penganjur bile nak gatherkan balik semua penyertaan..
9. Kalau dah antar entri penyertaan tuk ibu & anak, korang masih layak tuk antar entry anak & bapa juger. Nak antar entri tuk anak2 yg lain pun boleh selagi usia mereka dibawah 4 tahun. Usia mak bapak takde had yer... hehehehehe (ermm lg satu gambopn sekeping jekla.. pasal saya tak nak pilih2..)

Untuk makluman, hadiah2 yg tersebut dibawah adalah bagi kedua2 kategori.

Tempat Pertama

1 box One Drop Perfume ( Set Selebriti)

1 pc legging/tight untuk anak

1 pc cenderahati dari ummiabbiqis



Tempat Kedua

1 box One Drop Perfume ( Set Biasa)

1 pc legging/tight untuk anak

1 pc cenderahati dari ummiabbiqis



Tempat Ketiga

1 box One Drop Perfume ( Mini Set )

1 pc cenderahati dari ummiabbiqis



Tempat Keempat

1 pc legging untuk anak

1 pc cenderahati dari ummiabbiqis



Tempat Kelima

1 pc cenderahati dari ummiabbiqis.

15 Peserta terawal yg menghantar penyertaan berpeluang mendapat 1 hadiah istimewa melalui cabutan bertuah.

Ini dia gambar yang mummy pertaruhkan utk contest ini:




Nama Bapa: Abdullah bin Hussin
Panggilan : Abi
Nama Anak: Abdlin Afkar
Panggilan Manja yang Mummy dgn abi panggil: Ayang
Tarikh Lahir: 26 Mac 2009

Persamaan: emmmm banyak betul persamaan dua beranak nie..bah kan kalau semua org tgk abi dokong ayang, semua org tahu itu bapanya..tapi kalo mummy yg dokong, semua org heran, mak lain, anak lain. Persamaan yg ketara sekali semestinya mata. Ayang ikut mata abi yang sepet dan kuyu. Mata mummy plak bulat. Lagi satu yang nampak ketara tang hidung dan mulut. ayang betul2 mewarisi raut wajah abi. adik beradik ipar mummy mesti cakap sebijik sedebik abdullah masa kecil. Bentuk jari jemari kuku dan tangan pun sebijik ikut abi..pendek kata semua ikut abi...aduhai anak abi


Dad's Special Moment


Ini merupakan first time mumy join contest. Jenuh mummy belajar mcm mana nak link banner. Tapi alhamdulillah, berkat kesabaran mummy terokai blog, akhirnya mummy berjaya buat.

Ini merupakan syarat-syarat penyertaan untuk menyertai contest ini:

1. buat entry contest ini di blog anda
2. letak banner pada entry & side bar
3. link back banner ke page penganjur
4. masukkan link blog penganjur ke blog list anda
5. letakkan gambar anak anda sedang dilayan oleh bapanya yang paling touching
bagi anda spt memandikan anak,memberi susu,tukar lampin dsb.
6. ceritakan sedikit ttg gambar itu.
7. usia anak mestilah 5 tahun ke bawah semasa gambar diambil.
8. masukkan juga link penaja iaitu MAZcollection dalam entry & bloglist anda.
9. tinggalkan jejak di ruangan komen penganjur supaya mudah penganjur melawat entry anda.
TARIKH TUTUP IALAH PADA 11.30 MALAM 30.5.2010
HADIAH AKAN DIBERITAHU KEMUDIAN OLEH PIHAK PENGAJUR
(2 HADIAH MISTERI MENANTI ANDA)

Ini dia gambar yang paling mummy suka tengok bila abi melayan anak kesayangan kami yang bernama Abdlin Afkar:
Ini merupakan buku cerita pertama yang dimiliki oleh Afkar yang berjudul Anak Kancil Penakut. First time kami memperkenalkan buku ini kepadanya, alhamdulillah, dia begitu  teruja mendengar cerita daripada Abi. Walapun dia tak faham apa yang Abi bacakan, tapi dia cukup seronok bila Abi menceritakan kisah Anak Kancil Penakut dalam pelbagai bunyi dan gaya. "Pada suatu hari, Kiko bertemu dengan seekor harimau, Aummm Aummm Aummm"..begitulah contoh cara penyampaian cerita Abi.

Mummy ada satu lagi pic yang mummy nak pertaruhkan. Jom kita layan mummy nyer pic:

Time ni afkar kena marah dengan mummy sebab dia asyik dok panjat kerusi. Mummy larang dia daripada dok panjat kerusi takut terjatuh. Lepas tu, tetiba jer dia menangis. Hati ibu mana yang tak pilu bila tengok anak dia menangis. Mummy pun ambil afkar dan terus pujuk. Tapi dia tak layan pujukan mummy. Nangis jugak..maklum ler mummy yang marah dia. Nak perhatian ler. Bila Abi tgk Afkar tak berhenti2 nangis, terus Abi ambil pujuk.. Alahai, anak kesayangan Abi, terus senyap..Tengok ler pic tu, meleleh air mata...

19 April 2010

Hadiah Birthday Daripada Mummy

Mummy pernah citerkan yang kaka ni suka sangat bw kereta. Jadi, mummy terfikir la nak hadiahkan kereta sempena 1st birthday kaka ni. Penat mummy usha blog2 yang jual toys..akhirnya mummy terjumpa satu blog yang jual step 2 car. terus jer mummy booking. harga kereta ni pun bleh tahan. tapi disebabkan mmg niat ikhlas mummy nak hadiahkan kereta utk kaka, mummy tak kisah. cuba tgk aksi kaka test drive:


tersengih-sengih ayang nie


keta ni kena push sendiri, kaka plak push ke belakang, bukan ke depan


malu-malu plak mummy nak snap pic


dah penat dah main

Harap-harap kaka suka hadiah daripada mummy ini.... Sesungguhnya dirimu adalah hadiah yang tak ternilai daripadaNya

14 April 2010

1st Birthday Party Abdlin Afkar

Inilah Banner hasil kerja tangan mummy

Tempat: Seksyen 17, Shah Alam
Tarikh: 27 Mac 2010
Jam: 5.00 petang

Dah lama betul mummy tak update blog nie. Terlalu sibuk dengan kerja. Lebih-lebih mummy sekarang ni banyak terlibat dengan program di Hulu Selangor. Hari ini br mummy berkesempatan update blog mummy yang tak seberapa ni.

Ok...jom mummy citer pot pet pot pet sekitar majlis harijadi kaka...tp sebelum tu mummy nak perkenalkan barisan tenaga kerja yang berpenat lelah menjayakan majlis hari jadi kaka.. tanpa bantuan diaorg mungkin mummy tak mampu melakukannya dengan abi..diperkenalkan barisan-barisan utama:


mesti la mummy barisan pertama

abi kesayangan mummy dan kaka

tiga sekali mummy perkenalkan...
mama a.k.a kakak sulong mummy
ayah diey a.k.a satu-satunya adik lelaki mummy
aunty a.k.a adik mummy


tidak lupa cik sue a.k.a adik bongsu mummy
cik sue ni merangkap pengasuh kepada anak-anak buahnya..semua berebut nak gi kt cik sue

tidak lupa kedua-dua orang tua mummy
sayang sangat-sangat kat ayah dgn mama

inilah dia watak utama pada hari tu
Abdlin Afkar bin Abdullah
aik..nape kecik jer hero..sebab ini gambar hero pada hari pertama dilahirkan
26/3/2009

Inilah dia rupa hero bila dah berumur setahun
time ni nak pi cocok setahun
26/3/2010

ok..selesai sudah mummy memperkenalkan barisan-barisan utama tulang belakang birthday party Abdlin Afkar ye.. skrg ni mummy nak pot pet pot pet sehari sebelum party iaitu pada 26/3/2010 (jumaat). mummy mmg cuti pada hari itu sb nak bawa kaka cocok setahun kt demc... so, pg tu mummy dgn abi bw kaka ke demc. time tu kaka tak brapa sihat. dia batuk dan selsema.. lepas doktor check up, cocok setahun bertukar agenda lain.. kaka kena nebulizer sb kahak dia terlampau banyak. doc plak tak berani nak cocok setahun sb dia tak brapa sihat. so, cancel la cocok tu..yg tak berapa best plak, 4 jam kemudian mummy kena dtg balik buat nebulizer utk kaka. lepas check up kaka, rushing plak ke seremban ambil kakak mummy sb mummy dah janji dgn dia nak beli bahan-bahan masakan. lepas balik seremban, rushing plak ke demc utk nebulizer kaka slps cukup 4 jam.doc minta dtg lagi pkul 9 mlm utk last nebulizer..begitu la penatnya mummy sehari sebelum party..sampaikan bahan-bahan masakan pun tak terbeli hari tu. sampaikan nak layan ayah dgn mama mummy yg br sampai dr kg pun tak sempat.

Keesokkan harinya pepagi lg mummy dgn abi ke tesco beli brg2 nak msk..balik tesco terus memulakan aktiviti masak memasak...krong krang krong krang kitaorg masak...pkul 4.00 ptg tetamu dah mula dtg..sampaki la mlm mummy open house..mlm tu mummy buat aktiviti BBQ plak..penat? tak usah ckp..betul2 penat..sampaikan tido mlm betul2 lena..ok ler,mummy dah tak tahu nak celoteh apa..so layan picca sekitar birthday kaka:



aunty aliza yg tgh preggy sanggup datang...thanks



mummy tengah layan tetamu yang hadir


aunty and family

anak buah mummy ni

kek birthday boy..sedih,nak tempah gambar tak sempat

mummy dgn abi yang terlebih excited nie

wah...seronoknya dapat tiup lilin nan sebatang

jom potong kek

mummy nyer siblings

antara tetamu yg hadir

officemate mummy sewaktu mummy kt HQ dulu

peace sayang

sayang kedua-duanya

tahun depan kita nak tema warna apa plak yer

mummy and abi always love u

family mak a.k.a pengasuh kaka

posing posing posing


 
mama mummy


ayah mummy dgn satu-satunya cucu perempuan


cik sue dgn kaka


sebahagian present dr tetamu yg hadir
thanks a lot