Nuffnang

21 October 2010

Terbaru.........

Inilah wajah saya yang terbaru

Mummy......inilah wajah saya yg terbaru.....dah panjang rupanya rambut anak mummy nie..mummy tak potong2 pun lagi..ni gmbr terbaru yg mummy snap..gmbr ni selepas anak mummy ni mamam ubat cacing Champs Perisa Coklat...Ubat cacing oh ubat cacing....ada kisah di sebalik ubat cacing nie...

Begini yer al-kisahnya tuan puan...adik mummy dia punya pengalaman bab2 check up anak ni lebih dr mummy sb dia dpt anak dulu dr mummy..so kalau mummy nak rujuk apa-apa mummy rujuk kt dia..termasuklah bab-bab check up bulanan anak..disebabkan adik mummy ni check up kakak zara dkt gov klinik, dia lebih particular ler ckit..kaka plak dr baby sampai ler skrg mummy akan bw dia check up kt Darul Ehsan Medical Centre..adik mummy dh pesan, bila kaka umur 1 thn 3 bln  bw dia jumpa doktor utk bagi ubat cacing...so, masa kaka umur 1 thn 3bln, mummy pun bw ler dia ke DEMC utk amik ubat cacing..bila tiba giliran, kitaorg pun msk ler bilik doktor..doktor pun tanya ler: "adik abdlin afkar sakit apa yer".. mummy pun jawab ler : " dia tak sakit apa2..just dtg check up biasa dan ubat cacing"...doktor tu pun mcm terpinga-pinga, nak tergelak pun ada mummy tgk doktor tu..tetiba jer doktor tu ckp : " ubat cacing skrg nie kita dh tak bagi dekat baby2 kt kwsn bndr, sb diaorg tak terdedah kpd telur cacing...lain ler kalau kwsn luar bndr, sabah dan sarawak..mmg kita akan bg ubat cacing"...

Ni DEMC yg lama...skrg dh berpindah ke seksyen 13 dah...

Aduhai...malunya mummy bila doktor ckp mcm tu...kitaorg pun ucapkan terima kasih pd doktor dan balik mcm tu ajer.tp dia check juga la si kaka ni..timbang berat, tinggi, suhu badan, perkembangan dia mcm mana..doktor tu baik betul, dia tak caj apa-apa pun kt kitaorg..Beza betul rupanya check up dkt klinik swasta dgn gov...

Tapi, akhir2 ni kaka tak suka mkn..baik nasi ataupun bubur...semua dia taknak mkn..abi pun suggest kt mummy kita bg jer la kt dia ubat cacing..w/pun doktor ckp tak terdedah, tapi mana tahu, selera mkn dia hilang sb ada cacing..so, mummy pun minta ler abi pi beli ubat cacing CHAMPS Perisa Coklat kat farmasi..risau juga takut kaka tak nak mkn ubat cacing ni..rupanya sekali kunyah jer..dia mkn mcm mkn gula-gula...siap minta tambah lagi..tapi sekarang ni, selera mkn dia sama ajer...agaknya budak nak membesar, suka main drpd mkn...itulah dia kisah si ubat cacing..


17 October 2010

Jemputan Birthday Kak Zara



New Baby Announcements

Kakak Zara yg kiut miut nie merupakan anak buah mummy yang ke 2....dan merupakan satu-satunya cucu perempuan dlm family mummy.....kakak zara akan mengadakan birthday partynya kali ke 2 pada 24 Oktober ni......mummy nak beli hadiah apa ye utk kakak zara nie...mummy dah pikirkan satu benda...nt nak ajak abi gi usha kt kedai...sabar yer kakak zara...nt mummy pi cari hadiah utk kakak.

14 October 2010

Lahirnya Satu Kelahiran Di Dunia, Kembalinya Satu Kematian Ke Sisi Allah


Abdlin Afkar sewaktu dilahirkan di Hospital Putrajaya pada 26/3/2009

Dalam blog mummy Alanna, terdapat satu ayat yang betul2 terjadi pada diri mummy dan keluarga sebelah abi... iaitu berlakunya satu kelahiran bayi ke dunia ini, akan berlakulah satu kematian yang akan kembali kepada PenciptaNya...pada 26/3/2009 jam 4.30 pagi, abang sulung abi telah kembali ke Rahmatullah...bayangkanlah di waktu itu, abi sedang temankan mummy yang mengalami contraction bersalin...abi langsung tidak khabarkan mummy berita sedih ini..di hadapan mummy dia menunjukkan wajah yang bersahaja di samping memberi kata-kata semangat buat mummy yang sedang sakit..namun di dalam hatinya menangis dan bersedih kerana kehilangan satu-satunya abg di dalam keluarga...apatah lagi tidak mampu untuk pulang ke kampung halaman melihat wajah terakhir abangnya sebelum disemadikan di dalam liang lahad buat selama-lamanya..dalam keluarga abi, hanya arwah pak long dan abi sahaja anak lelaki...bayangkanlah abi pula anak bongsu yang mempunyai 4 org kakak..manakala kedua2 ibu bapa abi telah berjumpa PenciptaNya...
Pada 26/3/2009 jam 3.20 petang, mummy selamat melahirkan seorang putera yang diberi nama Abdlin Afkar.. Allah itu Maha Adil.. Dia telah mengambil semula arwah Pak long dari keluarga Abi, tetapi telah menghadiahkan Abdlin Afkar buat keluarga Abi.. sebab itulah Abdlin Afkar menjadi kesayangan keluarga Abi sb keluarga abi menganggap putera mummy itu Pak Long Junior...mummy cuma tahu tentang kematian arwah selepas pulang ke rumah..itu pun sebab ma mummy terlepas cakap kerana tanyakan Abi nak balik ke kampung bila...mummy mcm terpinga-pinga..kemudian baru abi ceritakan..sebak di dada mummy kerana mummy dapat bayangkan kesedihan yang abi tanggung...maafkan mummy abi kerana di waktu itu tidak dapat berkongsi duka di hati mu..Alasan abi dia tidak mahu buat mummy bersedih di kala sedang berjuang melahirkan putera kami...Mummy masih teringat lagi kata-kata arwah Pak Long sewaktu mummy sedang mengandungkan kaka..dia beria-ia nak masakkan mummy paprik belut sebab dia tahu mummy tak pernah makan belut...sehingga sekarang mummy ingat kata-kata itu...buat anak kami Abdlin Afkar, suatu hari nanti mummy akan ceritakan kisah ini pada mu wahai anakku..Bersyukurlah dikau wahai anakku kerana kelahiranmu di dunia ini telah dicatatkan olehNya bagi mengantikan pemergian arwah Pak Long.. Sesungguhnya tarikh 26/3/2009 membawa seribu erti suka dan duka buat keluarga kami.. Al-Fatihah buat Arwah Pak Long



Pindah Rumah Baru



Nak pindah rumah baru

Mummy cukup seronok kalo baca kt blog kwn2...tp nak tulis dkt blog sendiri, cukup liat...Hujung minggu ni mummy akan pindah rumah baru..cukup seronok dan teruja...tapi cukup malas nak kemas brg...bab packing takde masalah, laju jer..bab mengemas ni yang malas... Rumah baru yang kitaorg pindah bukannya jauh pun..seberang jalan rumah yg mummy tinggal skrg ni jer..hehehe..jimat kos pengangkutan..

Sebab-sebab nak pindah:

1. rumah yang kitaorang duduk tu kecik ckit sb owner dia tak pernah buat renovation..plan rumah asal..kebanyakkan rumah area situ semua dah buat renovation..
2. rumah baru sudah buat renovation..dapur besar, bilik air cantik, ada kabinet dapur
3. mummy kalo nak pindah rumah, mummy suka cari dapur yg besar dan selesa
4. ada tempat utk mummy buat playland supaya seronok kaka dgn anak2 buah main
5. owner rumah baru tu nak jual rumah tu
6. mummy dgn abi mmg bercadang nak beli rumah area situ sb jiran2 kt situ semuanya baik2

Next week mummy punya ma dgn ayah nak datang sini.saja nak melawat anak-anak dan cucu-cucu kesayangan sb semua anak-anaknya tinggal kt sini..Di samping nak menyambut besday 2 orang cucu kesayangan iaitu Abg Is (anak kak long mummy) dgn Kakak Zara (anak adik mummy)...kitaorg planning skali kan jer sambutan besday tu sb tarikh diaorang hampir sama... So, mummy kena la cpt2  kemaskan rumah baru tu sebab ma mummy ni pantang tgk rumah bersepah... Abdlin Afkar? ni lagi satu ni...budak kecik ni..mcm mana la nak kemas rumah kalo ada si budak kecik ni...dah la tak boleh berpisah dgn mummy.. asyik ikut bontot mummy jer..tak kira mana mummy pergi w/pun time tu dia tgh syok main..time ikut tu mula la buat muka baik..mummy..mummy dipanggilnya.

Si kecik yang manja bangat

Happy Becoming Birthday Kak Zara 13/11/2010

Happy Belated Birthday Abd Is
Mummy takder la packing mana brg2 ni..sb mummy nak main angkut mcm tu jer..hari sabtu ni mybe akan dapat kunci utk rumah baru tu..sebelum masuk planning nak cat dulu rumah tu..kemudian cari tukang servis aircon utk pindahkan 2 bijik aircon ke rumah baru...manakala rumah baru tu dah ada sebijik aircon..tapi mummy cadang nak pindahkan aircon tu ke bilik no. 2...bilik utama mummy nak gunakan aircon mummy skrg ni..manakala satu lagi nak letak kt ruang tgk tv...mummy dah survey dah kos upah pasang aircon skali service...satu aircon tokey tu amik RM190..maknanya kalau 3 aircon RM 570..tp dia bg diskaun jd RM550..emmm...byk jugak tu..

aircon oh aircon...kopak la duit mummy

Tu baru bab aircon...lepas settle aircon, nak kena cari tukang servis astro pula sb  kt rumah skrg pakaiastro beyond. semua kena setting baru termasuk piring pun kena pakai yang sekarang ni...


astro beyond

Lepas settle dua perkara tu, baru mummy akan memulakan tugas-tugas mengemas rumah baru...tak sabar2 rasanya nak duduk rumah baru..