Nuffnang

14 October 2010

Lahirnya Satu Kelahiran Di Dunia, Kembalinya Satu Kematian Ke Sisi Allah


Abdlin Afkar sewaktu dilahirkan di Hospital Putrajaya pada 26/3/2009

Dalam blog mummy Alanna, terdapat satu ayat yang betul2 terjadi pada diri mummy dan keluarga sebelah abi... iaitu berlakunya satu kelahiran bayi ke dunia ini, akan berlakulah satu kematian yang akan kembali kepada PenciptaNya...pada 26/3/2009 jam 4.30 pagi, abang sulung abi telah kembali ke Rahmatullah...bayangkanlah di waktu itu, abi sedang temankan mummy yang mengalami contraction bersalin...abi langsung tidak khabarkan mummy berita sedih ini..di hadapan mummy dia menunjukkan wajah yang bersahaja di samping memberi kata-kata semangat buat mummy yang sedang sakit..namun di dalam hatinya menangis dan bersedih kerana kehilangan satu-satunya abg di dalam keluarga...apatah lagi tidak mampu untuk pulang ke kampung halaman melihat wajah terakhir abangnya sebelum disemadikan di dalam liang lahad buat selama-lamanya..dalam keluarga abi, hanya arwah pak long dan abi sahaja anak lelaki...bayangkanlah abi pula anak bongsu yang mempunyai 4 org kakak..manakala kedua2 ibu bapa abi telah berjumpa PenciptaNya...
Pada 26/3/2009 jam 3.20 petang, mummy selamat melahirkan seorang putera yang diberi nama Abdlin Afkar.. Allah itu Maha Adil.. Dia telah mengambil semula arwah Pak long dari keluarga Abi, tetapi telah menghadiahkan Abdlin Afkar buat keluarga Abi.. sebab itulah Abdlin Afkar menjadi kesayangan keluarga Abi sb keluarga abi menganggap putera mummy itu Pak Long Junior...mummy cuma tahu tentang kematian arwah selepas pulang ke rumah..itu pun sebab ma mummy terlepas cakap kerana tanyakan Abi nak balik ke kampung bila...mummy mcm terpinga-pinga..kemudian baru abi ceritakan..sebak di dada mummy kerana mummy dapat bayangkan kesedihan yang abi tanggung...maafkan mummy abi kerana di waktu itu tidak dapat berkongsi duka di hati mu..Alasan abi dia tidak mahu buat mummy bersedih di kala sedang berjuang melahirkan putera kami...Mummy masih teringat lagi kata-kata arwah Pak Long sewaktu mummy sedang mengandungkan kaka..dia beria-ia nak masakkan mummy paprik belut sebab dia tahu mummy tak pernah makan belut...sehingga sekarang mummy ingat kata-kata itu...buat anak kami Abdlin Afkar, suatu hari nanti mummy akan ceritakan kisah ini pada mu wahai anakku..Bersyukurlah dikau wahai anakku kerana kelahiranmu di dunia ini telah dicatatkan olehNya bagi mengantikan pemergian arwah Pak Long.. Sesungguhnya tarikh 26/3/2009 membawa seribu erti suka dan duka buat keluarga kami.. Al-Fatihah buat Arwah Pak Long



No comments:

Post a Comment