Nuffnang

22 April 2010

Dad's Special Moment


Ini merupakan first time mumy join contest. Jenuh mummy belajar mcm mana nak link banner. Tapi alhamdulillah, berkat kesabaran mummy terokai blog, akhirnya mummy berjaya buat.

Ini merupakan syarat-syarat penyertaan untuk menyertai contest ini:

1. buat entry contest ini di blog anda
2. letak banner pada entry & side bar
3. link back banner ke page penganjur
4. masukkan link blog penganjur ke blog list anda
5. letakkan gambar anak anda sedang dilayan oleh bapanya yang paling touching
bagi anda spt memandikan anak,memberi susu,tukar lampin dsb.
6. ceritakan sedikit ttg gambar itu.
7. usia anak mestilah 5 tahun ke bawah semasa gambar diambil.
8. masukkan juga link penaja iaitu MAZcollection dalam entry & bloglist anda.
9. tinggalkan jejak di ruangan komen penganjur supaya mudah penganjur melawat entry anda.
TARIKH TUTUP IALAH PADA 11.30 MALAM 30.5.2010
HADIAH AKAN DIBERITAHU KEMUDIAN OLEH PIHAK PENGAJUR
(2 HADIAH MISTERI MENANTI ANDA)

Ini dia gambar yang paling mummy suka tengok bila abi melayan anak kesayangan kami yang bernama Abdlin Afkar:
Ini merupakan buku cerita pertama yang dimiliki oleh Afkar yang berjudul Anak Kancil Penakut. First time kami memperkenalkan buku ini kepadanya, alhamdulillah, dia begitu  teruja mendengar cerita daripada Abi. Walapun dia tak faham apa yang Abi bacakan, tapi dia cukup seronok bila Abi menceritakan kisah Anak Kancil Penakut dalam pelbagai bunyi dan gaya. "Pada suatu hari, Kiko bertemu dengan seekor harimau, Aummm Aummm Aummm"..begitulah contoh cara penyampaian cerita Abi.

Mummy ada satu lagi pic yang mummy nak pertaruhkan. Jom kita layan mummy nyer pic:

Time ni afkar kena marah dengan mummy sebab dia asyik dok panjat kerusi. Mummy larang dia daripada dok panjat kerusi takut terjatuh. Lepas tu, tetiba jer dia menangis. Hati ibu mana yang tak pilu bila tengok anak dia menangis. Mummy pun ambil afkar dan terus pujuk. Tapi dia tak layan pujukan mummy. Nangis jugak..maklum ler mummy yang marah dia. Nak perhatian ler. Bila Abi tgk Afkar tak berhenti2 nangis, terus Abi ambil pujuk.. Alahai, anak kesayangan Abi, terus senyap..Tengok ler pic tu, meleleh air mata...

1 comment:

  1. salam linda...saya dah visit..terimakasih sb join..best of luck..
    btw..linda takde bloglist ke?

    ReplyDelete