Nuffnang

22 April 2010

Contest Wajah Seiras Bagi Kategori Ayah dan Anak


Sempena hari bapa ni, semua contest yang mummy nak sertai berkenaan dengan abi. Kali in mummy nak join contest wajah seiras. jadi, mummy matchingkan abi dengan afkar (sebab afkar takde iras mummy sebenarnya).

Jom, mummy ceritakan serba sedikit tentang contest ini. Contest ini telah dianjurkan oleh UMMIABBIQIS

Syarat-syaratnya cukup senang sahaja utk diikuti:

Jadi pemenang akan diadili mengikut dua kategori..
1. Kategori ibu & anak
2. Kategori ayah & anak

Syarat utamanya masih same iaitu mesti ade persamaan/mirip2 antara anak dgn ibu/bapanya.
Kalau dulu umur anak dihadkan pada 6 tahun kebawah.
Satu lagi perbezaan contest seiras wajah kali ini ialah contest akan berlangsung selama 3 bulan sessi pemilihan, bermula 1 Februari 2010 hingga 30 April 2010.
Satu bulan sessi perhitungan iaitu pada Mei 2010

Sessi Pemilihan

Setiap bulan.. hanya 10 - 16 peserta terbaik akan dipilih. (bergantung pada jumlah penyertaan setiap bulan). Pengumuman insya Allah klu tiada aral akan dipublishkan pada minggu pertama bulan berikutnya.

3 bulan contest bermakna ada 30 - 48 peserta kesemuanya.

Sessi Perhitungan

Mereka yg terpilih akan seterusnya bertanding untuk merebut tempat pertama hingga ke-5 bagi kedua2 kategori yg akan berlangsung pada bulan Mei nanti.
Pada bulan 6 setelah siap ditimbangtara.. penganjur akan buat pengumuman nama2 pemenang.
Sekiranya korang dah antar penyertaan pada bulan Feb. tapi gagal ke sessi pemilihan, korang masih layak untuk bertanding pada bulan Mac & April.

Syarat2 lain Contest  yang diperlu diikuti:

1. Tiada paksaan untuk menempek banner pada entry/ sidebar korang.
2. Tidak perlu add blog atau jadi follower (tapi kalau sudi, apa salahnya)
3. Hanya perlu backlink entry ini juga link blog ummiabbiqis (http://mayaqarmyla.blogspot.com/) dalam entry penyertaan korang. (tak perlu copy paste keseluruhan entry saya nih)
4. Sertakan nama panggilan utk ibu/ayah. Nama penuh & panggilan anak serta tarikh lahirnya sekali.
5. Ceritakan persamaan yg ada antara anak & ibu/ayah. nak cerita panjang2 boleh, cerita pendek pun boleh. Tapi ingat entry menarik mungkin bakal menambat hati juri.
6. Gambar mestila jelas dan mudah untuk penganjur copy.
7. Entri tu korang nak stickykan boleh, tak stickypun takpe janji link yg diberi pada saya betul.
8. Sila submit link entry korang tu kat sini -- http://mayaqarmyla.blogspot.com/2010/02/contest-seiras-wajah-musim-kedua.html untuk mengelakkan sebarang kekeliruan especially di pihak penganjur bile nak gatherkan balik semua penyertaan..
9. Kalau dah antar entri penyertaan tuk ibu & anak, korang masih layak tuk antar entry anak & bapa juger. Nak antar entri tuk anak2 yg lain pun boleh selagi usia mereka dibawah 4 tahun. Usia mak bapak takde had yer... hehehehehe (ermm lg satu gambopn sekeping jekla.. pasal saya tak nak pilih2..)

Untuk makluman, hadiah2 yg tersebut dibawah adalah bagi kedua2 kategori.

Tempat Pertama

1 box One Drop Perfume ( Set Selebriti)

1 pc legging/tight untuk anak

1 pc cenderahati dari ummiabbiqis



Tempat Kedua

1 box One Drop Perfume ( Set Biasa)

1 pc legging/tight untuk anak

1 pc cenderahati dari ummiabbiqis



Tempat Ketiga

1 box One Drop Perfume ( Mini Set )

1 pc cenderahati dari ummiabbiqis



Tempat Keempat

1 pc legging untuk anak

1 pc cenderahati dari ummiabbiqis



Tempat Kelima

1 pc cenderahati dari ummiabbiqis.

15 Peserta terawal yg menghantar penyertaan berpeluang mendapat 1 hadiah istimewa melalui cabutan bertuah.

Ini dia gambar yang mummy pertaruhkan utk contest ini:




Nama Bapa: Abdullah bin Hussin
Panggilan : Abi
Nama Anak: Abdlin Afkar
Panggilan Manja yang Mummy dgn abi panggil: Ayang
Tarikh Lahir: 26 Mac 2009

Persamaan: emmmm banyak betul persamaan dua beranak nie..bah kan kalau semua org tgk abi dokong ayang, semua org tahu itu bapanya..tapi kalo mummy yg dokong, semua org heran, mak lain, anak lain. Persamaan yg ketara sekali semestinya mata. Ayang ikut mata abi yang sepet dan kuyu. Mata mummy plak bulat. Lagi satu yang nampak ketara tang hidung dan mulut. ayang betul2 mewarisi raut wajah abi. adik beradik ipar mummy mesti cakap sebijik sedebik abdullah masa kecil. Bentuk jari jemari kuku dan tangan pun sebijik ikut abi..pendek kata semua ikut abi...aduhai anak abi


2 comments:

  1. salam.. huhu..
    seperti yg dinyatakan dlm syarat no. 9, hanya satu gambar diterima.

    :)
    harap update balik kat saye yer.. sbb saya tengah update contestant bulan April skang ni

    ReplyDelete